Connect with us
You Da Boss

Hiburan

"Sweetnya!" Bibit Perkenalan Ippo Hafiz Dengan Bakal Isteri!

Tahniah Ippo Hafiz yang dah masuk merisik gadis pilihannya Fara Roslan Ahad lalu di kediaman wanita tersebut di Setia Alam Selangor.

Published

on

Tahniah Ippo Hafiz yang dah masuk merisik gadis pilihannya Fara Roslan Ahad lalu di kediaman wanita tersebut di Setia Alam Selangor.
Menurut Ippo, mereka turut bakal mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos ini.

Saya mengenali Fara pada bulan September tahun lalu tetapi kami tidak rapat. Pada November, Fara menjadi model untuk muzik video single terbaru saya, Saat Bahagia dan selepas itu, kami mula mengenali satu sama lain.


Jelas Ippo, dia bersama bakal isterinya bersepakat tidak mahu mengadakan majlis pertunangan dan mahu terus bernikah pada 24 Ogos ini.

Saya sendiri tak sangka hubungan saya dan Fara sampai ke tahap ini kerana pada mulanya, ramai yang salah sangka saya dan Fara telah berkahwin selepas melihat gambar behind the scene ketika penggambaran muzik video Saat Bahagia, sedangkan pada ketika itu kami hanya berkawan sahaja.

Tambah Ippo lagi, mereka sebenarnya tidak menjalinkan hubungan cinta dan hanya mengenali hati budi masing-masing kerana sebelum ini mereka pernah melalui fasa percintaan yang tidak menjadi dan enggan lagi mengulangi perkara yang sama.

Selepas itu, kami rasakan wujud keserasian antara kami berdua dan sudah tiba masanya untuk melangkah ke satu tahap yang lebih tinggi.

Tahniah Ippo dan bakal isteri! Semoga segala perkara yang dirancang berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest