Selebriti
Syafiq Kyle & Mimi Lana Enggan Menunjuk-nunjuk
Syafiq tak sorok hubungan, menunjuk-nunjuk hubungan bukan kewajipan
“Dia teman istimewa saya. Memang kami sudah lama berkawan tapi saya tidak mahu menjaja kisah cinta kepada peminat,”
Itu komen Syafiq Kyle mengenai gosip hubungannya dengan pelakon Mimi Lana seperti yang diperkatakan ramai ketika ini.
Menurutnya, dia juga bukannya mahu menyorok hubungan dengan Mimi seperti tanggapan segelintir pihak.
“Saya bukannya mahu bermain teka-teki kerana ramai juga yang sudah tahu mengenai hubungan ini dan pernah nampak kami keluar berdua sebelum ini.
“Namun, kami putuskan tidak mahu terlalu menunjuk pada orang mengenai hubungan ini kerana bukan kewajipan untuk beritahu hubungan pada semua orang.”
Selain itu, Syafiq menjelaskan, mereka belum ada perancangan ke jenjang pelamin dalam tempoh terdekat ini.
Katanya, ahli keluarga memang sudah tahu mereka berkawan.
“Namun, saya belum berani untuk memberitahu hubungan kami serius untuk ke fasa seterusnya selagi belum membawa Mimi bertemu keluarga.
“Buat masa ini, saya masih belum puas dengan pencapaian dalam karier seni.”
Sumber: Harian Metro
-
Onz3 weeks ago
Terlalu Tekun Berlatih, Hairul Azreen Pecahkan Barang Milik Hanis Zalikha
-
Selebriti4 weeks ago
Video Jebat Jayden Panggil Siti Nurhaliza ‘Mummy’ Buat Ramai Terhibur
-
Drama4 weeks ago
Sah! 7 Hari Mencintaiku 3 Bakal Ditayangkan, Jom Tonton Trailer Dulu
-
Viral4 weeks ago
Lagi Instafamous Rentas Negeri Kerana Honeymoon, Netizen Mahu Polis Siasat Kebenaran Merentas
-
Onz4 weeks ago
Ditegur Netizen Kerana Muat Naik Foto Tidak Berkualiti, Ini Jawapan Siti Nurhaliza
-
Onz3 weeks ago
Kaki Berdarah, Kilafairy Terjatuh Di Majlis Kahwin Neelofa
-
Selebriti2 weeks ago
Dilihat Peluk Neelofa Lepas Bertunang, Ini Sebenarnya Hubungan PU Riz Dengan Gadis Tersebut…
-
Selebriti2 weeks ago
Gurauan ‘Makan Dalam’ Tentang Belon Udara Panas, Sharnaaz Ahmad Gelak Sakan Dengan Shukri Yahaya