Connect with us
Hot Kool Jam

Drama

Syafiq Kyle Tak Letak Harapan Tinggi Untuk Bukan Cinta Aku, Tetapi…

Bukan Cinta Aku bersiaran menerusi slot Akasia di TV3 setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam.

Published

on

Pelakon terkenal Syafiq Kyle mengakui tidak meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap drama rantaian lakonannya, Bukan Cinta Aku yang kini sedang bersiaran menerusi TV3.

“Bila habis penggambaran, saya tidak letakkan harapan yang tinggi. Malah bagi saya semua drama yang saya lakonkan pun, saya tak letak harapan tinggi sebab bagi saya naskhah yang bagus pun disokong dengan skrip.

“Bukan Cinta aku adalah untuk tayangan slot Akasia dan sebagai pelakon, rasanya ia sesuai untuk kelompok penonton slot berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Syafiq turut mengakui wataknya dan pelakon Indonesia, Baim Wong menerusi drama tersebut tidaklah sebenar mana jika nak dibandingkan pelakon Janna Nick yang mendukung watak sebagai Nur Ariana.

“Watak saya keluar pada episod yang ke tujuh atau kelapan. Ia lebih kepada Janna, dia yang lead, sementara watak saya dan Baim untuk sokong perjalanan cerita. Itu saya punya pandangan,” ujarnya lagi.

Akan tetapi, Syafiq turut merasa setiap drama ada keistimewaannya tersendiri termasuklah Bukan Cinta Aku.

“Apa pun saya mengharapkan sokongan pencinta drama tempatan untuk terus beri sokongan dan saya tak nafikan, setiap drama punya keistimewaannya yang tersendiri,” jelas Syafiq.

Bukan Cinta Aku bersiaran menerusi slot Akasia di TV3 setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest