Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Syafiq Kyle Teringin Jadi Pengarah Filem

Nama Syafiq Kyle kini semakin laris dalam dunia lakonan selepas telah berjaya menghidupkan watak ‘Ustaz Adam’ dalam drama Nur. 

Published

on

Nama Syafiq Kyle kini semakin laris dalam dunia lakonan selepas telah berjaya menghidupkan watak ‘Ustaz Adam’ dalam drama Nur.

Terbaru, Syafiq mendedahkan hasrat yang terpendam dalam hati untuk terjun ke bidang pengarahan dengan menghasilkan filem-filem pendek yang menarik.
Untuk pengetahuan, idea Syafiq untuk menceburi bidang itu tercetus selepas dia mencurahkan idea dalam sebuah projek video baru-baru ini.

“Kebetulan pengurus mahu menghasilkan iklan dan mencari idea, lalu saya terus kongsi apa yang terbuku dalam hati.
“Mungkin selepas projek kecil ini, saya boleh mengarah filem pendek pula apatah lagi keinginan memang ada.
“Dulu ketika belajar di universiti, saya ada menghasilkan skrip untuk filem pendek,” katanya. 

Wah, jika benar ada bakat untuk jadi tuan direktor apa salahnya jika bakat itu digilap, betul tak? Tak cuba tak tahu!
Menurut Syafiq, dia juga mahu memanfaatkan ilmu pembikinan filem dengan lebih serius.

“Insya-Allah jika dipermudahkan, saya mahu menunjukkan skil dan keluar dari zon selesa. Saya mahu serlah kemampuan diri yang belum diteroka lagi,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Syafiq bakal muncul dengan musim kedua drama Nur, bulan depan.
Tak sabarnya!

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest