Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Syamsul Yusof, Puteri Sarah Pilih 'Sumayyah' Nama Anak Kedua

Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof dan isteri Puteri Sarah telah selamat menimang cahaya mata kedua pada Jumaat lalu. 

Published

on


Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof dan isteri Puteri Sarah selamat menimang cahaya mata kedua pada Jumaat lalu.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syamsul menerusi laman Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Syamsul meluahkan rasa syukur di atas rezeki tersebut serta turut mendedahkan nama anak keduanya itu yang diberi nama Sumayyah.
 
 

“Alhamdulillah maha suci Allah. Maha pemberi segala rezeki. Anak kedua kami selamat dilahirkan pada pukul 3.30 petang tadi (Jumaat).
“Kali ini, Allah kurniakan kami anak perempuan yang diberi nama Sumayyah binti Mohd. Syamsul. Alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan,” tulisnya.

Menurut Syamsul, Puteri Sarah selamat melahirkan bayi perempuan seberat tiga kilogram itu pada jam 3.30 petang.

Sementara itu, pengarah Filem Munafik itu turut dihujani dengan ucapan tahniah tidak henti-henti daripada peminat.

Syamsul telah mendirikan rumah tangga dengan Puteri Sarah Liyana yang juga merupakan seorang pelakon pada Mac 2014 dan dikurniakan seorang putera lelaki bernama Syaikhul Islam Mohd Syamsul.
Tahniah Syamsyul dan Puteri Sarah!

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest