Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Syatilla Melvin Bersyukur Hasrat Untuk Dapatkan Anak Perempuan Jadi Kenyataan

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mesti berhasrat untuk memiliki cahaya mata betul tak? Ada juga yang menyimpan impian untuk dikurniakan sepasang anak lelaki dan juga perempuan

Published

on

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mesti berhasrat untuk memiliki cahaya mata betul tak? Ada juga yang menyimpan impian untuk dikurniakan sepasang anak lelaki dan juga perempuan.

Baru-baru ini pelakon, Syatilla Melvin yang kini sedang hamil anak kedua berkongsi berita gembira apabila dia telah mengesahkan bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Berita itu disampaikan menerusi sekeping gambar imbasan ultra yang dimuat naik oleh Syatilla di laman Instagram miliknya.

“Tudiaaaaa dia bok keluaqq lidahh pulak bila ibu bapak dia mai tgok dia. Dulu masa scan matyip pun asyik senyum jaaa. Adik dia pun sama.” katanya.

Sebelum ini, Syatilla yang lebih mesra dengan panggilan Tilla ini pernah berkongsi dengan pengikutnya di laman Instagram tentang hasratnya untuk mendapatkan anak perempuan dan rata-rata mereka turut mendoakan Tilla.

Tilla yang juga merupakan isteri kepada pelakon popular, Shahiezy Sam meluahkan rasa syukur tidak terhingga apabila impiannya untuk memiliki anak perempuan akhirnya tercapai dan dimakbulkan tuhan.

“Alhamdulillah matyip nak dapat ADIK GIRL. Syukur atas rezeki ini ya allah♥️ Adik dia sebijik muka syeriv masa scan dulu.” ujarnya lagi.

Tahniah Syatilla! Lepas ni Syeriv (Matyip) ada geng baru lah.

 

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest