Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Inspirasi

“Syukur, Hasrat Ibu Bina Masjid Guna Wang Pampasan Mangsa Tragedi MH17 Tertunai,” —Sumardi Ghazalee

Alhamdulillah..

Published

on

Masih ingat tragedi MH17 yang turut mengorbankan enam sekeluarga Allahyarham Tambie Jiee pada tahun 2015?

Bagaimanapun, kita yang hidup ni perlulah meneruskan hidup dan hanya berdoa mangsa akan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Bagi memastikan saham akhirat mereka berkekalan, dengan inisiatif keluarga mangsa telah membina sebuah masjid untuk kegunaan masyarakat islam seluruhnya.

Pembukaan Masjid Al Ghazali di Petrajaya untuk mengingati Tambi Jiee sekeluarga - Sarawakvoice.com

“Masjid Al-Ghazali di Jalan Depo di Petra Jaya, dibiayai sebahagian besarnya menggunakan semua wang pampasan enam sekeluarga menjadi mangsa tragedi pesawat MH17,” ujar Sumardi Ghazalee (seorang waris MH17)

Sumardi adalah adik bongsu arwah Ariza Ghazalee yang terkorban bersama suami, Tambi Jiee serta empat anak mereka, Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13.

Dalam tragedi MH17 itu, Tambi Jiee yang juga jurutera petroleum dalam perjalanan pulang menaiki pesawat itu bagi menyambut Aidilfitri selain berpindah tugas dari Astana, Kazakhstan ke Kuala Lumpur.

Sumardi berkata, ibu mereka, Jamilah Noriah Abang Anuar mencadangkan pembinaan masjid itu menggunakan wang pampasan insiden berkenaan.

“Syukur Alhamdulillah, hasrat ibu kami yang mahu menggunakan wang pampasan disalurkan kepada perkara yang memberi manfaat kepada semua arwah sudah kami tunaikan.”

Masjid berwarna kelabu itu dibina dengan kos sebanyak RM3.5 juta dengan sebahagiannya menggunakan semua wang pampasan diterima sebelum ini.

Dia memaklumkan, mereka sekeluarga berbincang dan sebulat suara bersetuju membina masjid itu walaupun kos melebihi pampasan diterima.

 

Sumber daripada: Harian Metro.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest