Connect with us
Projek Radio

Rilis

Syurga Buat Ibu Ayah Nyanyian Ippo Hafiz Menjentik Hati

Sedih…memang tangkap emosi lagu ni!

Published

on

Ramai yang terpisah dengan ibu bapa masing-masing tatkala negara dilanda wabak Covid-19.

Ada yang terpaksa tinggal bersendirian apabila tidak dapat pulang ke kampung halaman berjumpa ibu ayah.

Penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz tampil dengan single terbaru berjudul Syurga Buat Ayah Ibu.

Single tersebut berkisar tentang rindu seseorang terhadap ayah dan ibu mereka terutama ketika krisis Covid-19 yang melanda dunia.

Menariknya, video muzik lagu itu dihiasi gambar-gambar daripada peminat yang memaparkan kenangan mereka bersama ibu bapa masing-masing.

Syurga Buat Ayah Ibu adalah ciptaan sepenuhnya oleh Ippo sendiri dan diterbitkan oleh Ippo bersama Rudy Nastia.

Bagi mereka yang berjauhan dengan ibu ayah, lagu ini sudah pasti mampu menjentik hati kerana liriknya yang mendalam dan menyentuh perasaan.

Sejak dilancarkan pada 30 April lalu, video muzik Syurga Buat Ayah Ibu telah mencatatkan lebih 22,000 tontonan di laman YouTube.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest