Connect with us

Selebriti

Tahniah! Jennifer Lawrence & Cooke Maroney Akhirnya Berkahwin

Tahniah Katniss!

Published

on

Korang tengok tak filem The Hunger Games? Yang menariknya tentang filem tersebut setiap daerah atau district, diwajibkan untuk menghantar sepasang wakil iaitu seorang lelaki dan wanita yang dipilih secara rawak di hadapan rakyat jelata. Pasangan yang terpilih akan dihantar ke arena untuk bertempur bermati-matian untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Jadi, salah seorang pelakon dalam filem tersebut iaitu Jennifer Lawrence memainkan peranan sebagai Katniss Everdeen iaitu heroin filem berkenaan.

Terbaharu, berita mengenai Jennifer kini telah menjadi isteri kepada Cooke Maroney telah tersebar menerusi akhbar tempatan negara mereka.

Mereka telah berkahwin pada 19 Oktober 2019, dengan majlis perkahwinan secara tertutup di Rhode Island yang dihadiri 150 orang sahaja.

Antara selebriti lain yang hadir ke majlis perkahwinan mereka termasuk Emma Stone, Kris Jenner, Adele serta Nicole Richie.

Terdahulu, cinta Jennifer Lawrence dan Cooke Maroney mula berputih sejak Jun 2017 dan telah bertunang pada Februari 2019. Tahniah you two!

 

Sumber daripada: Youtube Entertainment Tonight

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest