Connect with us
Hot Kool Jam

Viral

‘Taj Mahal Malaysia’ Terima Kunjungan Ramai Sejak Dibuka

Masya Allah, cantiknya!

Published

on

Masjid Sri Sendayan, di Seremban, Negeri Sembilan telah dibuka secara rasminya pada Jumaat lalu dan tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai.

Mana tidaknya, seni bina dan reka bentuknya yang kelihatan seakan-akan Taj Mahal di India menyebabkan orang ramai tertarik untuk mengunjungi masjid ini selain mahu menunaikan solat.

Menerusi satu portal hiburan online, masjid ini dibina dengan kos kira-kira RM100 juta serta mampu memuatkan 5,000 bilangan jemaah pada satu-satu masa.

Untuk pengetahuan, Masjid Sri Sendayan ini dibina oleh arkitek bernama Zailan Yusop, 57 tahun dan diinspirasikan daripada beberapa masjid negara Timur Tengah.

Menariknya, tulisan khat masjid ini ditulis oleh tokoh khat paling agung di dunia dari Turki, Sheikh Hassan Celebi.

Tersergam indah kan? Ada masa kelapangan, jom lah beramai-ramai singgah dan solat di Masjid Sri Sendayan!

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest