Connect with us

Selebriti

Tajul Tak Sabar Bergelar Bapa

Tajul bakal bergelar bapa di usia 21 tahun.

Published

on

Penyanyi lagu Sedalam Dalam Rindu, Tajul teruja menantikan kehadiran cahaya mata pertama apabila isterinya, Nurul Shamieza Eddie dijangka bakal melahirkan pada bulan ini.

“Semua dah lengkap, barang ibu dan anak semua saya dah beli. InsyaAllah dijangka hujung bulan ini isteri saya melahirkan cahaya mata pertama kami.

” Sejujurnya saya memang tak sabar nak tengok wajah baby tapi dalam masa sama gementar. Iyalah tak ramai jadi bapa dalam usia muda,” katanya ketika ditemu bual wartawan, Qarami Hashim.

Penyanyi berusia 21 tahun itu juga ternyata telah membuat persiapan mental apabila bakal menemani isteri saat melahirkan nanti.

Pada Oktober lalu, Tajul mendedahkan statusnya telah berkahwin dengan Nurul Shamieza, 23, pada 10 Desember 2017.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest