Connect with us
You Da Boss

Viral

Tak Beri Laluan Pada Ambulan, Siap Tunjuk…

Jangan kerana kita, nyawa orang lain melayang.

Published

on

Kita mungkin selalu terserempak dengan ambulans yang dalam perjalanan kecemasan dan kebanyakkan pemandu akan secara automatik memberi laluan supaya ambulans boleh bergerak dengan lancar membawa pesakit ke hospital.

Malangnya, ada pemandu yang tidak menghormati undang-undang.

Itulah yang berlaku di Singapura apabila seorang pemandu kereta mewah jenama Porsche enggan memberikan laluan kepada ambulans.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang individu dikenali sebagai Cham Ai Hui di Facebook ketika sedang menemani bapanya di dalam ambulans menuju ke hospital.

 

Menurut Cham, pemandu Porsche ini mengabaikan siren dan lampu yang diberikan ambulans dan hanya cuba untuk memandu lebih laju. Sedangkan ada ruang yang cukup untuk dia bergerak ke lorong sebelah kiri.

Lebih teruk lagi, pemandu wanita itu juga didakwa menunjukkan simbol jari tengah selepas ambulan memandu melepasi keretanya.

Haih…tak kisah lah kereta mahal ke murah, undang-undang tetap wajib kita patuhi okay.

Jangan kerana kita, nyawa orang lain melayang.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest