Inspirasi
Tak Dapat Bercuti Ke Luar Negara, Kini Lokasi Ini Jadi Tumpuan Kaki Travel!
Cuti cuti Malaysia dulu!
Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula sejak Mac lalu telah menyekat orang ramai daripada melakukan banyak aktiviti , salah satunya bercuti ke luar negara. Fuhh, macam cacing kepanasan lah kaki kaki travel ni bila tak dapat ke sana ke sini.
Sekarang, dalam fasa PKPP, banyak sektor ekonomi telah dibuka semula termasuk pusat-pusat peranginan di seluruh Malaysia. Jangan ingat bercuti dalam Malaysia takde kelasss ya. Ini antara lokasi-lokasi tumpuan ramai yang berbaloi untuk anda kunjungi.
Sekinchan Selangor
Untuk yang nak rasa panorama sawah padi tapi tak nak jauh dari KL, bolehlah ke sini. Ada banyak homestay yang menawarkan pakej penginapan menarik dengan aktiviti yang sesuai dilakukan bersama seisi keluarga atau rakan.
Pulau Rawa, Johor
Konon nak bercuti ke Maldives, tapi tak kesampaian. Jangan risau, panaskan enjin kereta anda dan terus buat tempahan penginapan di Pulau Rawa yang terletak di kepulauan Mersing di Johor. Keindahan air laut di Pulau Rawa memang tiada tandingannya.
Pulau Redang,Terengganu
Satu lagi Pulau yang terletak di Pantai Timur ini memang terkenal dengan air laut yang jernih dan pasir pantai yang putih dan bersih. Selain Pulau Perhentian, Pulau Redang juga semakin menjadi tumpuan pengunjung yang ingin melepaskan gian bercuti.
Kundasang, Sabah
Kalau nak rasa terbang jauh sikit, orang Semenanjung boleh la ke Sabah dan bercuti ala-ala di New Zealand tapi masih di dalam Malaysia tau. Keindahan panorama Gunung Kinabalu dengan suhu yang dingin pasti menambahkan lagi keseronokan percutian anda.
Cameron Highlands, Pahang
Nak bercuti tempat sejuk? Apa ada hal, naik lah ke Cameron Highlands yang terkenal dengan suhu sejuk dengan keindahan pemandangan Ladang Teh yang memukau. Selain ladang teh, Cameron Highlands juga mempunyai banyak lagi tempat-tempat menarik yang lain. Dan yang pasti, percutian pasti berbaloi tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.
Sebenarnya, banyak je tempat-tempat menarik untuk dikunjungi di dalam Malaysia. Boleh kata, semua cantik-cantik dan jimat pon jimat. Apa kata kita semua pakat bercuti sakan dalam negara kali ini untuk memulihkan kembali ekonomi pelancongan dalam negara. Kalau bukan kita, siapa lagi?
-
Onz4 weeks ago
Terlalu Tekun Berlatih, Hairul Azreen Pecahkan Barang Milik Hanis Zalikha
-
Onz4 weeks ago
Ditegur Netizen Kerana Muat Naik Foto Tidak Berkualiti, Ini Jawapan Siti Nurhaliza
-
Onz3 weeks ago
Kaki Berdarah, Kilafairy Terjatuh Di Majlis Kahwin Neelofa
-
Selebriti3 weeks ago
Dilihat Peluk Neelofa Lepas Bertunang, Ini Sebenarnya Hubungan PU Riz Dengan Gadis Tersebut…
-
Selebriti3 weeks ago
Gurauan ‘Makan Dalam’ Tentang Belon Udara Panas, Sharnaaz Ahmad Gelak Sakan Dengan Shukri Yahaya
-
Onz3 weeks ago
“Terima kasih Sebab Khianati Aku” MK KClique Dedah Pembantu Peribadi Ambil Job Belakang Tanpa Pengetahuannya
-
Onz1 week ago
‘Perang’ Selipar Muslim Friendly Dan Wallet Friendly, Netizen Pening Nak Pilih Mana Satu
-
Eksklusif3 weeks ago
Dana Dalam Tabung Merah RMHC Di McD Sebenarnya Untuk Siapa? Ini Yang Korang Patut Tahu