Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Tak Melatah Di Sosial Media, Netizen Respect Ezza Yusof

Desas-desus yang mengatakan bahawa Remy Ishak telah kembali solo akhirnya terjawab apabila semalam, dia telah mengakui sendiri bahawa hubungan pertunangan yang dijalinkan bersama wanita yang bernama Ezza Yusof selama 2 tahun berakhir.

Published

on

Desas-desus yang mengatakan bahawa Remy Ishak telah kembali solo akhirnya terjawab apabila semalam, dia telah mengakui sendiri bahawa hubungan pertunangan yang dijalinkan bersama wanita yang bernama Ezza Yusof selama 2 tahun berakhir.
Dalam pada itu, Remy juga berharap agar bekas tunangnya itu dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.
Image result for ezza yusof putus tunang
Menurut portal hiburan online, Remy mengakui pertunangnnya telah terlerai sejak sebulan lalu dan ia bukan berpunca daripada pihak ketiga seperti yang diperkatakan oleh sesetengah netizen.
Walaupun tidak lagi menjalin sebarang hubungan, Remy Ishak dan Ezza Yusof masih lagi berhubung seperti biasa memandangkan mereka adalah rakan kongsi dalam sebuah perniagaan.
Related image
Disaat Remy sudah menyuarakan kepada umum tentang perkhabaran sedih ini, Ezza Yusof pula belum mengeluarkan sebarang komen tentang hubungan pertunangan nya yang terlerai itu.
Jika menjengah ke Instagram milik Ezza Yusof, dia menetapkan mode private namun gambarnya bersama Remy masih lagi boleh dilihat.
Walaupun tidak menyuarakan apa-apa, para netizen khususnya wanita seakan memahami isi hati wanita tersebut dan mereka sempat menitipkan kata-kata semangat buat Ezza agar terus tabah dengan ketentuan ilahi.


 

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest