Connect with us
You Da Boss

Selebriti

“Tak Payah Buat Buat Pandai!” – Betty Rahmad Marah Siapa Tu?

Makcik Bawang, please take note yerrr!

Published

on

Golongan makcik bawang sekarang hangat di perkatakan. Dah jadi macam trend!

Kemana sahaja kita pergi ada sahaja makcik pakcik bawang dalam kalangan netizen nak bergosip itu ini.

Terbaru, pelakon Betty Rahmad yang juga adik kepada sutradara Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida berang di media sosial apabila makcik-makcik bawang suka menyibuk bertanyakan soal berkaitan anak.

Contohnya, bila nak ada isi? Tak mahu bagi adik ke? Dah berdua, bila nak tambah lagi?

Oleh itu, Betty telah ‘sekolahkan’ mereka dengan panjang lebar di ruangan Instagram miliknya.

View this post on Instagram

Mummy & Daddy with Aisya Humairah my babygirl. Adik susuan @ardywira_ 😘 . Oh jangan ada yang sibuk comment “Wira nak adik, bila nak no 2, Wira boring takde kawan, ada ambik pil perancang?” atau sebagainya. Tak payah buat buat pandai! Simpan comment tu untuk diri sendiri & family korang ok. Wira dan mummy daddy dia ok happy je. Soal ada anak, takde anak, tambah anak ni semua soal personal & sensitive yang kita tak perlu sibuk dan memandai. . Ada anak bukan sekadar mengandung dan beranak. Nak jaga, nak besarkan & nak bagi makan, pakai, sekolah dan semua yang terbaik untuk dia. Zaman sekarang bukan murah pulak tu! How do you choose quality over quantity? . As for me, i tak ready dari segi mental & fizikal. Sakit beranak pun belum lupa atau fully recover. Yes Alhamdulillah syukur Wira is such an easy baby. Tapi dia sama je macam baby lain yang lalui fasa beralih bulan, tumbuh gigi, cranky, mood swing etc . And alhamdulillah until today i still breastfeed him and pump every 3-4hr even at night time masa korang yang suruh i ‘beranak lagi’ tengah lena tidur dibuai mimpi . So moral of the story, jangan sibuk hal orang. Kalau korang nak beranak 10 pun beranak lah i tak kisah. Jangan tentukan hidup orang lain. Biar orang yang mengandung, beranak, menyusu, jaga anak yang decide bila dia nak ada anak! . Buat masa ni i tengah enjoy every moment with my lil hero yang sedang membesar dan perlu kasih sayang dan attention mummy & daddy dia. Ok jangan tanya soalan tu lagi ok! Ok penat bebel bye💋 @bugaboosea_ #ardywira #bettyanddamis #10monthsold

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on

Dalam dunia cyber yang serba canggih ni netizen semakin berani melontarkan kata-kata. Indvidu yang paling terkesan adalah golongan selebriti lah. Haih…

Bagi Betty, soal hamil lagi cukup sensitif dan netizen sepatutnya memahami tugas membesarkan anak agak mencabar dan tidak semudah yang disangka.

Betty dan suami, Ardy Damis berkahwin pada 4 Februari tahun lalu dan kini mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ardy Wira yang berusia 10 bulan.

Harap-harap mulut puaka di luar sana lebih berhati-hati sebelum bercakap mengenai sesuatu ye. Jangan buat dosa kering…

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest