Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Inspirasi

Tak Perlu Kos Tinggi, Jom Lawati Pulau Secantik Ini Yang Hanya Terletak Di Mersing, Johor!

Jom guys!

Published

on

Sedarkah anda bahawa keinginan tinggi seseorang untuk menerokai negara asing itu sering diungkap sedangkan terdapat banyak lagi tempat menarik di Malaysia sendiri yang masih belum diterokai sehingga ke hari ini?

Memang benar, kebanyakan tempat-tempat yang menjadi tarikan mahupun tumpuan warga asing di dalam Malaysia sudah kerap disebar oleh masyarakat terutamanya di ruang media sosial.

Walaubagaimanapun, masih terdapat banyak tempat yang masih belum ditemui serta tidak diketahui kewujudannya oleh orang ramai seperti Pulau Besar di Mersing, Johor.

Perkara ini dikongsi menerusi laman Twitter oleh pemuda bernama Farouq Johari yang mengajar orang ramai ke Mersing bagi menikmati pemandangan yang indah itu.

Image

Pulau Besar atau pulau yang dahulunya dikenali sebagai Pulau Babi Besar merupakan salah satu pantai yang tenang, bersih, berpasir putih yang mampu menjanjikan pemandangan menakjubkan kepada orang ramai.

Image

Berikutan dengan nama asalnya, sejarah mengatakan terdapat babi hutan berkeliaran dalam jumlah yang besar untuk menakutkan kaum wanita sehingga kaum lelaki mengambil keputusan untuk menetap di pulau itu.

Image

Perjalanan daripada Mersing ke Pulau Besar mengambil masa kira-kira setengah jam untuk sampai ke pulau tersebut dengan menaiki bot yang hanya berkhidmat sehari sekali iaitu pada pukul 12:30 tengah hari.

Image

Bagi para pelancong yang ingin mengunjungi dan menghayati keindahan pulau ini, mereka boleh mendapatkan pakej serendah RM480 untuk dua orang di beberapa inap desa yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan, penginapan dan makanan.

Image

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini seperti jungle trekking, memancing, island hopping dan snorkelling.

Image

Pelancong yang berjalan melalui hutan tersebut berpeluang untuk melihat tumbuh-tumbuhan liar tropika serta menikmati keindahan pulau-pulau lain seperti Pulau Rawa, Sibu, Aur dan Pemanggil.

Selain itu, kerajaan juga telah mewartakan pulau ini sebagai taman laut untuk melindungi kira-kira 60 spesies hidupan laut daripada sebarang aktiviti yang boleh mengancam habitat semulajadi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest