Home > #PenaHot > Tak perlu pengasih, buat ni je pon perempuan jadi cair

Tak perlu pengasih, buat ni je pon perempuan jadi cair

Bro pernah tak cuba impress si dia tapi tak kesampaian? Tu lah , lain kali kena belajar dengan Hafiz Mahamad, bukan setakat tunang dia yang cair, tapi hampir semua gadis, tunang orang, bini orang kena tempias tau. Sebenarnya perempuan ni tak mintak banyak, ni 10 benda yang boleh buat perempuan rasa korang lelaki paling sweet –

Bunga – Bunga memang sinonim dengan wanita, tak payah sejambak, sekuntum pon dah cukup buat si dia berbunga-bunga di hati.

Handbag – Perempuan mana je yang tak suka handbag. Itukan aksesori wajib seorang perempuan, bayangkan setiap kali diorang bawak handbag tu kemana-mana ibarat anda menemani si dia setiap masa… sweet tak?

Coklat/Aiskrim – Coklat/Aiskrim dan wanita tak dapat dipisahkan, bukan sahaja membantu mengurangkan stress malah rasa manis coklat/aiskrim tu boleh mengingatkan tentang manisnya cinta korang berdua.

Kad ucapan – Poket kering? Tak de hal lah ! bermodalkan tangan, keringat dan kreativiti , korang boleh buat kad ucapan istimewa untuk si dia. Senyum sampai ke telinga diorang baca pickup line korang.

Makan malam romantik – Tak kisah kat mana-mana, sebab bila dengan yang tersayang, makan kuaci pon terasa manisnya bercinta. Tapi sekali-sekala letakla effort lebih sikit hehe.

Belon – Perempuan kan suka benda-benda cute, apa kata belikan diorang belon bentuk hati pastu letak kat kereta sebagai kejutan untuk si dia pada tarikh-tarikh penting.

Survival kit – Cuba jadi boyfriend yang prihatin, perhatikan apa yang diorang perlukan dalam sehari-harian, contohnya benda-benda basic macam minyak angin, getah rambut, tisu, losyen tangan, gula-gula.

Sweater/Baju – Tak payah mahal-mahal, bagi je sweater kesayangan korang yang dah pakai berzaman tu, memang boleh buat si dia fall in love teruk , tapi janganlah bau kepam sangat, takut lain jadinya. ice

Tudung – Abang-abang yang pasangannya manis bertudung tu, apa kata sekali-sekala hadiahkan mereka tudung citarasa korang, walaupun korang tak de taste tapi the thought that counts.

Honda Civic – kalaulah kita Hafiz Mahamad kan (tangan kebahu) boleh la belikan si dia Honda Civic baru yang ada ciri teknologi terkini siap dengan enjin 1.5L turbo, auto brake hold dan walk away auto lock . Sesuailah nak diberikan untuk yang tersayang sebab ciri keselamatan dia terbaik bro, ada 6 beg udara, VSA, ABS, EBD , dan macam-macam lagilah.


tengok body dia…perghhh , cair bro !

Tapi mesti ingat jugak, tak ada hadiah tak bermakna tak sayang bro. Cukuplah dilimpahi dengan setia dan kasih sayang, tak gitu? Awek-awek cer komen…

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply