Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

"Tak Perlu Tunggu Kaya Untuk Membahagiakan Kedua Ibu Bapa Kita,"-Anzalna

Anzalna yang kini hamil lima bulan turut memuat naik video kejutan itu di laman YouTube.

Published

on

Sempena ulang tahun perkahwinannya yang ketiga, aktres jelita, Anzalna Nasir membuat ‘surprise’ kepada ibu bapanya dengan menghadiahkan mereka sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz.

Anzalna berkongsi perkara tersebut di laman Instagramnya semalam.

View this post on Instagram

Marriage life is beautiful when you have a deep respect for each other. Today, marks 13 years of being with @hanif_zaki , 3 years of marriage, and 3 of us this year🤰🏻InsyaAllah. I dont know what future holds for us, but I always pray to Allah to bless our marriage and that I’ll be able to hold him until the very last of my breath. I still remember on our honeymoon i dragged my parents with me to umrah and today on our third year anniversary I bought my parents a car. I believe even when you’re married never ever forget your parents who raised you and always respect your husband. SWIPE LEFT. Watch the full video on my youtube channel. #Hanzalna3rdyearWeddingAnniversary #NoAnniversaryPresentForMeNoProblem Videographer @the.affiliates @aizatrush

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

“Hadiah ini saya belikan sempena mengenang jasa kedua orang tua yang membesarkan saya selama ini. Ketika pergi berbulan madu, saya dan suami, Hanif Zaki membawa mereka menunaikan ibadat umrah. Ulang tahun perkahwinan yang ketiga ini, saya hadiahkan mereka sebuah kereta. Saya percaya walaupun sudah berkahwin jangan lupa kepada kedua orang tua yang membesarkan kita dan menghormati suami kita,” tulisnya.

 

 Anzalna yang kini hamil lima bulan turut memuat naik video kejutan itu di laman YouTube.

Dalam pada itu, Anzalna turut berkongsi rahsia perkahwinan untuk kekal bahagia adalah dengan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

“Perkahwinan saya dan Hanif sangat indah. Kunci kebahagiaan kami adalah sentiasa hormat-menghormati di antara satu sama lain. Genap 13 tahun bersama Hanif, tiga tahun melayari bahtera perkahwinan, insya-Allah kami akan bertiga tahun ini,” tulisnya lagi.

Selepas kejadian membuat surprise kepada bapanya semalam, Anzalna hari ini turut berkongsi satu lagi video di Instagram.

“Tak perlu tunggu kaya untuk membahagiakan kedua ibu bapa kita. Kebahagiaan itu bukan terletak pada ‘benda’ yang kita beri, akan tetapi bersandar di atas sebuah tulus ingatan. Terlalu banyak pengorbanan mereka dalam membesarkan kita. Sebagai anak, jangan sesekali kita lupa untuk terus berbakti kepada mereka walaupun kita sudah ada kehidupan sendiri. Always remember this, kebahagiaan itu bukan di atas kekayaan, dan tidak akan jatuh miskin jika kita menolong kedua ibu bapa. Jangan pernah takut untuk memberi. 
Santunilah Ibu bapamu sementara mereka masih ada,” tulisnya. 

Anzalna dan suami, Hanif Zaki berkahwin pada 21 Februari 2016 dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest