Connect with us
Duit Dari Kayangan

Muzik Buzz

Tak Pernah Mengecewakan, Drama Band Terus Ukir Tempat Di Hati Peminat

Power wei!

Published

on

Nama Drama Band memang tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air, lebih-lebih lagi mereka memang terkenal dengan lagu yang penuh dengan kontroversi.

Kali ini, kumpulan yang dianggotai oleh Aepul (vokalis), Adib (gitar), Daus (bass), Faeez (drum) dan Omey (keys) itu telah menghasilkan lagi satu karya yang mungkin akan menjadi bualan masyarakat berjudul Kayangan.

Golongan ‘kayangan’ menjadi isu yang hangat diperdebatkan oleh masyarakat ketika ini susulan permintaan mereka yang melampau semasa dikuarantin.

Jom dengar lagu baharu ni!:-

Meninjau ke bahagian komen pula, rata-rata memuji kumpulan tersebut selain menyatakan karya kumpulan itu tidak pernah mengecewakan sekaligus menempa nama di hati peminat.

Selain itu, ada juga yang beranggapan bahawa setiap lagu yang dihasilkan oleh kumpulan ini pasti ada kena mengena dengan keadaan semasa. Nama pun Drama kot!

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Drama Band atas pelancaran lagu baharu ini dan semoga berjaya!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest