Sosial
Tak Pilih Bulu, CR Pun Kena Tegur Sebab Tak Pakai Face Mask
Mesti petugas wanita tu nervous kan nak tegur CR…
Virus Covid-19 bukan sahaja melanda negara kita tetapi ia melanda seluruh dunia sehingga melumpuhkan banyak aktiviti harian semua orang. Kini kita semua berada dalam norma baharu dengan beberapa SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan undang-undang itu tidak terkecuali untuk sesiapa pun.
Beberapa hari yang lepas, tular video pemain bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo yang kelihatan telah ditegur oleh seorang petugas wanita di sebuah stadium bola sepak kerana tidak memakai pelitup muka. Ketika itu, CR terpaksa menjadi pemain simpanan kerana mengalami masalah tumit ketika menyaksikan perlawanan kumpulannya sendiri iaitu Portugal bagi perlawanan UEFA Nations League yang diadakan di Porto.
Kau Cristiano Ronaldo ke, jutawan ke, star dunia ke SOP kena ikut. 👏pic.twitter.com/Jc8dpy4Bnd
— VOCKET FC (@vocketfc) September 6, 2020
Mungkin kerana berasa panas, CR telah menanggalkan pelitup muka yang dipakai olehnya dan diletakkan di kerusi dekat sebelahnya. Tanpa disedari dia didatangi oleh seorang petugas wanita yang meminta untuk dia memakai semula pelitup muka tersebut. Mujurlah bintang Juventus itu tidak melenting selepas ditegur dan terus memakai pelitup muka tanpa berkata apa-apa. Mungkin dia sendiri tahu itu memang salah dia, so nak taknak kena la pakai juga.
Ramai netizen memuji sikap jutawan terkemuka bola sepak itu kerana mendengar arahan walaupun dia merupakan bintang ternama dunia. Ada juga netizen yang membezakan sikapnya dengan individu berpengaruh yang lain. Amboi netizen, asal ada peluang terus nak dibandingkan ya. Sikap CR yang begini la patut kita contohi sebab walaupun dia seorang yang berpengaruh tetapi tetap mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Ketika perlawanan tersebut, telah menyaksikan kemenangan pasukan Portugal dengan mata 4-1 menewaskan naib juara Piala Dunia Crotia.
Untuk maklumat, penggunaan pelitup muka diwajibkan di beberapa negara lain termasuk di Malaysia. Dengan cara penggunaan pelitup muka itu, ia menjadi sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan kes jangkitan Covid-19 di seluruh Malaysia.
-
Onz3 weeks ago
Terlalu Tekun Berlatih, Hairul Azreen Pecahkan Barang Milik Hanis Zalikha
-
Selebriti4 weeks ago
Video Jebat Jayden Panggil Siti Nurhaliza ‘Mummy’ Buat Ramai Terhibur
-
Drama4 weeks ago
Sah! 7 Hari Mencintaiku 3 Bakal Ditayangkan, Jom Tonton Trailer Dulu
-
Viral4 weeks ago
Lagi Instafamous Rentas Negeri Kerana Honeymoon, Netizen Mahu Polis Siasat Kebenaran Merentas
-
Onz4 weeks ago
Ditegur Netizen Kerana Muat Naik Foto Tidak Berkualiti, Ini Jawapan Siti Nurhaliza
-
Onz3 weeks ago
Kaki Berdarah, Kilafairy Terjatuh Di Majlis Kahwin Neelofa
-
Selebriti2 weeks ago
Dilihat Peluk Neelofa Lepas Bertunang, Ini Sebenarnya Hubungan PU Riz Dengan Gadis Tersebut…
-
Selebriti2 weeks ago
Gurauan ‘Makan Dalam’ Tentang Belon Udara Panas, Sharnaaz Ahmad Gelak Sakan Dengan Shukri Yahaya