Connect with us
You Da Boss

Drama

Tak Sampai Seminggu, Insan Terpilih Pecah Rekod Dengan 1.1 Juta Tontonan Di Youtube

Siapa yang belum tengok, tolong la tengok sebab best sangat!

Published

on

Disiarkan sejak 7 September lalu, telefilem Insan Terpilih telah berjaya memperoleh 1.1 juta jumlah tontonan sekali gus menjadikan ia trending nombor 5 menerusi laman Youtube.

Berita gembira berkenaan turut dikongsi oleh watak utama iaitu Syazwan Zulkifly menerusi laman Instagram miliknya hari ini.

View this post on Instagram

🖐️Assalammualaikum.Terima kasih kepada semua 1.1mil viewer yg menonton #insanterpilih di channel @youtube @tv3malaysia .Ini adalah diluar jangkaan untuk saya sebagai pelakon dalam naskah ini.Terima kasih atas sokongan anda terhadap naskah ini.Sehingga hari ini saya masih lagi menerima feedback2 positif dari penonton yg menonton naskah ini.Saya percaya penonton hari sudah bijak untuk menilai naskah naskah yang disajikan untuk mereka setiap hari.Harapan saya adalah,akan banyak lagi naskah2 seumpama ini dapat dihasilkan untuk hidangan anda sebgai penonton.Tahniah dan terima kasih untuk pihak @tv3malaysia ,pihak produksi @aniqcommunication_official ,semua tenaga kerja,semua rakan lakon dan juga anda sebagai penonton kerana sama2 membuatkan naskah ini trending seperti ini.yang baik datang dari Allah.Syukur Alhamdulillah.

A post shared by Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) on

Insan Terpilih merupakan satu naskah yang berjaya membawa emosi sedih penonton sehingga ramai yang mengalirkan air mata.

Telefilem tersebut mengisahkan mengenai seorang pemuda kurang siuman yang selalu ke surau tetapi bukan untuk bersolat. Perwatakannya yang baik telah menyentuh hati ramai jemaah.

Drama arahan Nazir Jamaluddin ini turut dibarisi gandingan mantap Syazwan Zulkifly (Firdaus) dan Jay Iswazir (Leman).

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest