Connect with us
Projek Radio

Inspirasi

Tak Sampai Seminggu Undur Diri, Pavithra Kembali Beraksi Di Youtube

You go girl!

Published

on

Selepas membuat keputusan untuk tidak mempunyai kaitan dengan laman sosial Youtube disebabkan isu kontroversi rumah tangga yang melanda, Pavithra kembali menggemparkan negara menerusi video masakan terbaharunya di laman Youtube nya, semalam.

Tidak memberitahu sebab kenapa dia kembali melakukan video di Youtube, Pavithra kembali membuat kemunculan dengan masakan dalca tulang kambing yang sangat menggiurkan. Tampil bersahaja seperti sebelumnya, Pavithra menunjukkan cara penyediaan masakan tradisi masyarakat India iaitu dalca kambing.

Video yang berdurasi 6 minit dan 15 saat itu turut mengundang pelbagai reaksi positif pengikut Pavithra di laman sosial Youtube yang memberikan kata-kata semangat buatnya.

 

Mengambil komen pengikutnya, Amy Rae,

“That’s a good comeback, everyone has their own flaws! It’s alright just move forward towards the future, Pavi.”

“Itu kemunculan semula yang sangat baik, setiap orang mempunyai kekurangan masing-masing! Tidak apa-apa, terus maju ke masa depan, Pavi.”

Sebelum ini, pasangan suami isteri ini mencetuskan kontroversi apabila Sugu ditahan polis kerana memukul Pavithra pada 21 Julai lalu. Beliau turut didakwa atas kesalahan memiliki senjata berbahaya bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM10,000 oleh Pavithra.

Semoga Pavithra dan suami terus kuat hadapi cabaran. Mari kita ‘support’ laman Youtube Pavithra!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement
Advertisement

Latest