Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Tampil Berhijab Ketika Bercuti di Jepun, Wan Sharmila Dihujani Doa Yang Baik

Alhamdulillah..

Published

on

Baru semalam berita mengenai drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 dikhabarkan bakal ditayang April 2020, hari ini menerusi laman Instagram pelakon drama tersebut Wan Sharmila yang memegang watak Sofi (Kak Popi) dilihat sedang bercuti di Jepun.

Lebih menarik lagi, Wan Sharmila turut mengenakan hijab sewaktu bercuti di negara matahari terbit itu baru-baru ini.

Walaupun tiada pengesahan dibuat oleh Wan Sharmila tersebut mengenai imej terbaharunya, namun boleh dikatakan kebanyakkan gambar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya semuanya dalam keadaan bertudung.

Memang tidak dapat dinafikan, dengan berpakaikan menutup aurat dan mengenakan tudung, Wan Sharmila kelihatan lebih manis dan cantik.

Malah, pengikut di laman Instagram miliknya turut memberi respon positif mengenai imej baru pelakon tersebut selain mendoakannya agar kekal istiqomah.

  • @rodzisma: Cantik bertudung. Moga terus istiqomah.
  • @_hafizothman88: Sis, dah start bertudung ke? Alhamdulillah, semoga istiqomah. Sis lawa sgt bila pakai tudung.
  • @jamiejamilahharun:  semoga one day lala berhijab kekal.. InsyaAllah amin amin amin… Awk cantik..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest