Home > #PenaHot > Tarikh Baru Konsert 35 Tahun Search

Tarikh Baru Konsert 35 Tahun Search

Selepas mengumumkan 30 Ogos sebagai tarikh baharu penganjuran Konsert 35 Tahun Search, vokalis kumpulan Rock lagenda Search, Amy berkata pemilihan tarikh tersebut sempena mengajak peminat bersama-sama meraikan Hari Kemerdekaan keesokan harinya.

“Kami sedar malam itu mungkin ada banyak konsert percuma, tetapi kami tidak menganggapnya sebagai saingan. Kami mahu konsert ini diingati dan memberi makna yang cukup besar kepada Search dan peminat,”

“Keputusan ini dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan penganjur dan anggota Search yang lain. Kami sepakat memilih 30 Ogos kerana ia umpama sambutan berganda kerana selain berhibur, konsert itu juga untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan”

Selain pengumuman tarikh terbaharu Konsert 35 Tahun Search. Kumpulan Search juga turut mengundang Akira Takasaki, gitaris terkenal kumpulan rock Jepun, Loudness untuk membuat persembahan bersama mereka.

“Kami sudah pun menghantar undangan dan secara dasarnya, Akira sudah bersetuju untuk hadir dan mengadakan persembahan bersama kami,” kata gitaris Search, Nasir Daud.

Kongsi laman ini di: