Connect with us
Hot Kool Jam

Filem

Tayangan Serentak BoBoiboy 2 Di 5 Negara!

Faizal Tahir turut dipilih menyanyikan lagu tema BoBoiBoy 2

Published

on

Filem animasi tempatan BoBoiBoy Movie 2 bakal ditayangkan serentak di 500 pawagam di lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Vietnam pada 8 Ogos nanti.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abdul Razak, filem yang menggabungkan elemen adiwira, pengembaraan dan komedi itu mendapat permintaan tinggi untuk tayangan selepas kejayaan filem pertamanya pada 2016.

“Bukan saja di lima negara itu, kami juga mengintai peluang untuk menayangkan BoBoiboy Movie 2 di Thailand, Filipina, Kazakhstan dan Korea Selatan. Pada 2016, filem pertama ini turut ditayangkan di Korea Selatan.

Nizam turut mendedahkan proses pembikinan filem kedua itu dibuat lebih pantas dan mengambil masa setahun untuk disiapkan. Dia tidak menafikan memang wujud tekanan sewaktu proses pembikinannya.

Penyanyi Faizal Tahir turut dipilih menyanyikan lagu tema BoBoiBoy 2 berjudul Fire & Water yang sarat dengan mesej positif dan nilai murni, sesuai untuk kanak-kanak terutamanya.

Filem pertama BoBoiBoy pada 2016 berjaya mengutip RM18 juta.

Sumber: Harian Metro

 

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest