Connect with us
Selamat Hari Raya

Viral

Tekad Bantu Seorang Pakcik Pulang Ke Rumah Di Dalam Hutan, Niat Baik Gadis Ini Dipuji Ramai

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Published

on

Pada mulanya seorang gadis di Twitter dikenali sebagai Nafeesya ini berasa berbelah bahagi untuk membantu seorang pakcik tua ini, tetapi disebabkan rasa kasihan maka niat itu diteruskan juga.

Menurut twit yang dikongsikan olehnya pada 22 September yang lalu, ketika itu dia bersama dengan beberapa rakan yang lain sedang dalam perjalanan menghantar salah seorang rakannya ke Ipoh sebelum didatangi oleh pakcik berkenaan.

Image

Image

Kerana rasa kasihan dan teringatkan pada bapanya, tanpa berfikir panjang Nafeesya terus bersetuju untuk menghantar pakcik tersebut memandangkan katanya rumahnya tidak jauh dari situ dan apabila dia menggunakan applikasi Waze untuk bantuan perjalanan, rupa-rupanya rumah pakcik itu di Kg. Temin iaitu dekat Sungai Siput.

Tambahnya lagi pakcik tersebut memberitahu mereka bahawa dia duduk seorang diri di kampung dan dia telah ditipu sehingga ditinggalkan dekat Ipoh seorang diri tanpa wang saku.

Berbekalkan keberanian dan niat baik, Nafeesya dan rakannya terus menuju ke lokasi rumah pakcik tersebut.

Apabila ditanya serba sedikit tentang dirinya, rupa-rupanya pakcik tersebut mempunyai enam orang anak dan semuanya sudah tidak menghiraukan dirinya lagi.

Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah apabila pakcik tersebut langsung tidak meminta duit daripada mereka kerana apa yang dia mahu hanyalah pulang ke rumah dengan selamat.

Bila ditanya lagi tentang sumber pendapatan untuk kelangsungan hidup, pakcik itu memberitahu bahawa dia sekadar meminta sedekah daripada orang awam.

Setibanya di lokasi, mereka mendapati bahawa kiri kanan kawasan tersebut ialah hutan dan tidak menunjukkan sebarang tanda kawasan perumahan langsung.

Lebih menyedihkan apabila pakcik tersebut tidak henti mengucapkan terima kasih dan mendoakan mereka kerana sudi membantunya.

Sayu hati Nafeesya dan rakan-rakan apabila pakcik itu turun dari kereta dengan mengucap panjang kerana kakinya berasa agak sakit.

Disebabkan kawasan itu gelap, dia turut meminta agar Nafeesya dapat menghalakan lampu keretanya ke hutan bagi memberi cahaya kepadanya untuk berjalan ke rumah memandangkan kawasan itu tidak mempunyai lampu jalan.

Hasil siasatan di media sosial, mereka dapati bahawa pakcik tersebut sememangnya hidup sebatang kara di rumahnya itu.

Image

Netizen turut berasa terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh Nafeesya dan rakan-rakannya, mujur la ada insan baik seperti mereka yang sudi untuk membantu.

Pada masa yang sama ramai netizen turut membantu untuk mendapatkan info berkenaan pakcik tersebut kerana berasa simpati dengan nasib yang menimpa dirinya.

Nafeesya dan rakan-rakannya juga akan berkunjung semula ke kediaman pakcik tersebut dalam masa terdekat ini untuk memberi sumbangan.

Image

Pada 24 September, penyampai radio Hot FM Fizie, Shuk dan Shuib telah berjaya mendapatkan gadis berkenaan untuk ditemubual:-

Harapnya selepas ini ada la pihak yang dapat membantu pakcik tersebut dan semoga lebih ramai lagi manusia yang prihatin di muka bumi ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest