Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Teknologi Makin Maju, Polis Bantuan Di Stesen Keretapi Bakal Pakai Topi Keledar Scan Suhu

Power betul KTMB! Tahniah…

Published

on

Demi keselamatan pengunjung, pegawai KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad) akan melakukan rondaan dengan memakai topi keledar pengimbas suhu yang baharu supaya dapat terus mengesan suhu pengunjung di dalam keretapi ataupun di platform sendiri.

Pihak KTMB telah kongsikan gambar para petugas di Facebook milik mereka pada 13 Oktober.

Pelaksanaan teknologi baharu itu dapat memudahkan para petugas supaya dapat terus mengesan suhu badan pengunjung yang berada di dalam keretapi, di stesen dan juga platform.

Pada masa yang sama, pemakaian topi keledar itu juga merupakan salah satu inisiatif terbaharu bagi pihak KTMB membentung penularan virus Covid-19.

Dengan penggunaan helmet ini, anggota Polis Bantuan (PB) yang membuat rondaan akan dapat mengesan penumpang bergejala melalui alat teknologi canggih itu.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga akan bertambah yakin dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak KTMB.

Namun, penggunaan topi keledar itu masih lagi dalam peringkat percubaan bagi menilai semula tahap keberkesanan dan kesesuaian kepada pihak anggota Polis Bantuan di setiap stesen KTMB.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest