Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Aktiviti

Tempat Menarik Di KL Bagi Penggemar Aktiviti Hiking

Hiking adalah aktiviti kegemaran? Jom usha bukit yang best di KL ini untuk korang yang suka hiking!

Published

on

Belakangan ini, semakin ramai orang yang gemarkan aktiviti hiking. Bukan setakat boleh menyihatkan tubuh badan, malah kita juga boleh melihat pemandangan yang indah dari tempat yang tinggi dan melihat matahari terbit pada awal pagi. Ia juga menjadi satu kepuasan bagi hikers jika mereka dapat sampai dan menikmati pemandangan dengan beramai-ramai. Ini adalah beberapa tempat menarik di Kuala Lumpur bagi yang gemarkan aktiviti hiking. 

BUKIT GASING, PETALING JAYA

Bukit Gasing ini terletak di Petaling Jaya dan hanya 15 minit dari Lebuhraya Persekutuan dan sesuai untuk korang yang suka hiking sebab ia ada banyak laluan. Bukit Gasing ini, memang popular di kalangan penduduk kawasan kejiranan dan bagi yang baru cuba nak mendaki, tidak perlu risau tersesat sebab akan ada orang yang sedia membantu.

BUKIT BROGA, SEMENYIH

Bagi yang suka perasaan tenang melihat matahari terbit, Bukit Broga adalah pilihan yang terbaik. Biasanya, para hikers yang lebih suka memilih untuk mula mendaki seawal pukul 5 pagi untuk melihat langit dipenuhi warna oren. Walau bagaimanapun, bila nak turun daripada bukit perlu berhati-hati sebab ia agak cerun dan licin.

BUKIT SAGA, AMPANG

Bukit Saga adalah salah satu bukit yang beberapa pintu masuk yang akan bertemu di satu kawasan yang sama. Terdapat dua pintu masuk iaitu di Cheras (Cheras Awana dan Cheras Hartamas) dan satu lagi di Ampang. Keduanya, ada tahap kesukaran dan jarak yang berbeza. Antara perhentian yang menarik di sepanjang Trek A & C dari pintu masuk Taman Saga adalah gim sementara di luar. Terdapat dumbbell, pull-up bar, parallel bar dan beberapa peralatan senaman lain dan akan ada satu air terjun setelah sampai puncak.

INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM), KEPONG

FRIM adalah kawasan terbuka untuk umum tapi boleh buat pelbagai aktiviti seperti berjoging, mendaki, berbasikal atau berkelah. Terdapat beberapa laluan di FRIM dengan salah satu yang lebih popular ialah Rover Track yang menuju ke Canopy Walk. Laluan di sini agak rata dengan lereng yang beransur-ansur dan sesuai untuk yang baru nak belajar mendaki dan kanak-kanak.

Selain dari tempat mendaki yang dikongsi ini, sebenarnya banyak lagi tempat mendaki yang best seperti KL Forest Eco Park, Bukit Tabur, Bukit Ketumbar, Bukit Kembara, Bukit Kerinchi dan banyak lagi! 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest