Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Tendang Dan Baling Objek Tajam, Polis Sedang Jejak Suspek Pukul ‘Kakak’ Di Tengah Jalan

Kesiannya kena tendang macam tu…

Published

on

Ketika semua penduduk di Malaysia sedang sibuk memikirkan tentang kesihatan diri akibat penularan Covid-19 ini, ada pula yang sibuk tunjuk lagak dengan memukul orang.

Satu kejadian pergaduhan telah berlaku di Restoran Pandan Jaya, Cheras pada 12 Oktober lepas.

Posted by Dee M'sia on Monday, 12 October 2020

Klip video pergaduhan itu telah tular di media sosial sehingga membuatkan ramai netizen berasa panas hati melihat wanita berkenaan diperlakukan sedemikian.

Sebelum berlakunya pergaduhan itu, lelaki berkenaan terlebih dahulu telah memarahi wanita tersebut sehingga dia berasa takut lalu cuba untuk menyelamatkan diri.

Individu berkenaan telah membaling objek tajam serta menendang wanita tersebut berhampiran sebuah kedai makan.

Demi untuk menyelamatkan diri daripada terus dipukul, wanita berkenaan telah lari ke tempat lain sebelum berusaha untuk melindungi dirinya daripada terus dipukul.

Pergaduhan itu berlanjutan sehingga ke tengah jalan sambil disaksikan ramai orang awam yang lalu lalang di tempat kejadian.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohd. Azam Ismail memberitahu bahawa pihak mereka sedang mengenal pasti dua suspek yang terlibat dalam kes pergaduhan tersebut.

“Berdasarkan siasatan mendapati kawasan kejadian adalah tempat awam dan dipercayai mangsa serta suspek mempunyai hubungan keluarga.”

Hasil siasat juga mendapati kemungkinan lelaki tersebut merupakan adik kepada wanita berkenaan yang berang kerana kakaknya asyik mabuk sahaja.

Pada masa yang sama, pihak polis masih memerlukan bantuan daripada mana-mana saksi yang menyaksikan kejadian tersebut untuk tampil memberi maklumat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest