Connect with us
Hot Kool Jam

Viral

Tengok Drama Ke Tengok Bola? Gelagat Lelaki Ini Tonton Drama Nur 2 Emosi Habis!

Siapa yang mengikuti perkembangan drama Nur 2 pasti tak sabar nak tunggu episod akhir malam ini kan?

Published

on

Siapa yang mengikuti perkembangan drama Nur 2 pasti tak sabar nak tunggu episod akhir malam ini kan?

Drama yang mencetuskan fenomena pada musim pertama itu nampaknya sekali lagi mencuri perhatian penonton apabila jalan cerita sequelnya kali ini lebih ‘berani’ dan sensasi.

Terbaru, gelagat seorang lelaki yang sedang menonton drama berkenaan tular di media sosial Twitter apabila begitu emosi seolah-seolah sedang menonton perlawanan bola sepak!

Ye lah, babak-babak panas dalam cerita itu menyebabkan penonton tak senang duduk, rasa geram dan berteka teki ketika menonton drama berkenaan.

Bukan setakat wanita, lelaki pun boleh naik marah dengan watak Ustaz Adam, Nur, Juita, Ecah dan Ustaz Hamadi dalam drama tu kan!

Lantas, video yang dimuat naik oleh @Aiiman55715630 ini viral di media sosial selain mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Sedihnya malam ni drama Nur 2 dah episod akhir.

Jangan lupa tengok dan jadikan nilai-nilai murni dalam drama itu sebagai pengajaran okay!

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest