Connect with us
Hot Kool Jam

Selebriti

“Terima Kasih, Dinda Sayang…” – Remy Ishak

Memang gandingan serasi!

Published

on

Keampuhan gandingan Remy Ishak bersama Mira Filzah membawa tuah kepada mereka apabila diumumkan sebagai pemenang kategori online, Gandingan Serasi Drama Popular menerusi Pujaan Hati Kanda.

Menerusi akaun Instagramnya, Remy mengucapkan tahniah kepada Mira yang juga pemenang Bintang Paling Popular.

“Pada Kak Ani, terima kasih sudi bergandingan dengan kanda ye, dinda sayang…”

“Tahniah atas kemenangan semalam, dengan ucapan, dah menang besar, bila nak belanja kanda makan besar?”

Foto Berita Harian

Remy turut memanjatkan kesyukuran dan berterima kasih kepada TV3 kerana terus memberi peluang kepadanya untuk membintangi drama terbitan saluran televisyen itu.

Pada masa sama, Remy mengucapkan terima kasih kepada beberapa individu penting yang terlibat dalam menjayakan drama tersebut.

“Terima kasih tuan penerbit atas peluang yang diberikan kepada saya menjadi seorang ‘kanda’…”

“Kepada peminat-peminat saya yang tercinta, Remy Army, terima kasih yang tak terhingga atas sokongan dan undian anda semua, hingga membuatkan saya dapat menambah koleksi trofi di rumah. Next time undi lebih sikit…”

Seterusnya, Remy yang membintangi Sangkar dan Dendam Pontianak, bakal muncul dalam sebuah lagi filem berjudul Proksi, mengenai jenayah siber.

Dalam kemaskini terbaru, filem itu yang telah pun selesai penggambarannya tahun lalu, turut dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein, Ashraf Sinclair dan Bront Palarae.

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest