Connect with us
Projek Radio

Onz

Ahmad Fedtri Yahya Terlibat Dalam Kemalangan

Semoga cepat sembuh..

Published

on

Pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), Ahmad Fedtri Yahya dilapor terlibat dalam kemalangan pada 16 September 2020.

Kejadian berlaku selepas Fedtri dikatakan terjatuh ketika megayuh basikal di perkarangan Sri Pentas TV3 ketika berlangsungnya sambutan Hari Malaysia.

Menurut sumber, Fedtri secara tidak sengaja menaiki basikal itu dengan menyusuri sebuah longkang yang ditutup dengan jeriji besi.

Bagaimanapun menerusi muat naik di laman Instagram miliknya, isterinya sempat memaklumkan bahawa Fedtri telah selesai menjalani pembedahan pada sebelah malam hari yang sama.

Terdapat banyak kecederaan di muka, namun semuanya sudah dijahit sempurna.

View this post on Instagram

Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi. Banyak kecederaan di muka – semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya. 🤲

A post shared by Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) on

“Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,” tulis isterinya.

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan agar semoga Fedtri segera kembali sembuh seperti sedia kala..

 

Sumber foto: Instagram Fedtri Yahya

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest