Connect with us
Selamat Hari Raya

Update

TERKINI: Aktiviti Penggambaran Dibenarkan Tapi Tiada Babak Rapat-Rapat

Berita baik ni!

Published

on

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri pada hari ini 20 Mei 2020 telah bersetuju untuk membenarkan penggambaran dijalankan.

Bagaimanapun, ia hanya boleh dijalankan selepas Hari Raya Aidilfitri dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negera.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini turut menyatakan beberapa garis panduan termasuklah:-

1.  Melakukan mesyuarat dan ujibakat dalam talian

2. Merekod perjalanan tenaga produksi dan artis

3. Pastikan tidak melebihi 2o orang terlibat dalam satu set penggambaran

4. Syarikat produksi perlu melantik penyelia keselamatan

5. Buffet tak dibenarkan sebaliknya makanan perlu dihidangkan dalam pek individu atau tapau

6. Jurusolek atau penatarias perlu memakai topeng muka atau face shield dan memastikan mereka mencuci tangan selepas menatarias artis

“tiada scene rapat-rapat,” tegasnya

Jika perlu babak begitu juga, maka pihak produksi perlulah mencari jalan untuk menyunting rakaman berkenaan mengikut kreativiti masing-masing.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa kebenaran ini hanyalah tertakluk untuk tiga kategori termasuklah penggambaran filem, drama dan pengiklanan.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest