Connect with us
Projek Radio

Update

TERKINI: Hanya 2,000 Orang Sehari Dibenarkan Rentas Tambak Johor

Berita baik ni!

Published

on

Hanya 2,000 orang sehari dibenar menggunakan kemudahan Pengaturan Ulang-Alik Berkala (PCA) apabila rentas sempadan secara bersyarat Malaysia-Singapura dilaksanakan mulai 10 Ogos depan.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata bagi Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) pula, seramai 400 orang seminggu masing-masing dari Malaysia dan Singapura akan dibenar menggunakan kemudahan itu.

“Kemudahan PCA akan dihadkan kepada 2,000 orang sehari bagi kedua-dua negara untuk perjalanan rentas sempadan melalui Tambak Johor dan Link Kedua saja,” katanya pada sidang media di Parlimen, pada 16 Julai 2020.

Dalam kenyataan bersama Hishammuddin dan Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, semalam, kedua-dua negara bersetuju membenarkan rentas sempadan secara bersyarat menerusi inisiatif RGL serta PCA.

Kedua-dua inisiatif itu dijangka dilaksanakan pada 10 Ogos depan membabitkan urusan perniagaan dan rasmi, serta pemegang pas imigresen jangka panjang untuk tujuan perniagaan dan pekerjaan.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, terdapat dua lagi kategori membenarkan perjalanan rentas sempadan setiap hari atas tujuan kerja yang dijangka membabitkan kira-kira 200,000 rakyat Malaysia dan Singapura.

Sumber daripada: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement
Advertisement

Latest