Connect with us
Hot Selebriti

Update

TERKINI: Ibadah Haji Untuk Semua Rakyat Malaysia Bagi Musim 1441H Ditangguhkan Ke Tahun Hadapan

Ada hikmah disebaliknya..

Published

on

Kerajaan memutuskan ibadah haji untuk semua rakyat Malaysia bagi musim 1441 Hijrah ditangguhkan ke tahun hadapan.

Perkara itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri setelah mendapat titah perkenan daripada kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Menurutnya, keputusan itu juga diambil berdasarkan taklimat disampaikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) serta perbincangan ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 9 Jun.

“Selain Malaysia, antara negara lain yang turut menangguhkan penghantaran jemaah Haji mereka adalah Indonesia, Singapura, Kemboja, Thailand dan Brunei,”

Zulkifli berkata, TH akan mengeluarkan kenyataan rasmi dan soalan lazim (FAQ) berkaitan urusan penangguhan ibadat haji bagi Musim Haji 1441H sejurus selepas sidang media yang diadakan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest