Connect with us
Projek Radio

Update

TERKINI: Majlis Perkahwinan Dibenarkan Hanya 3 Hingga 5 Jam, Tidak Lebih Daripada 250 Tetamu

Kompang dipalu…

Published

on

Kerajaan telah bersetuju untuk memberi kebenaran majlis sosial bermula 1 Julai 2020.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun mengehadkan masa selama 3 hingga 5 jam supaya tidak terlalu lama.

Majlis sosial berkenaan merangkumi kenduri, majlis perkahwinan, pertunangan dan majlis lain berkaitan agama termasuk majlis tahlil, aqiqah, doa selamat dan majlis-majlis sambutan sosial seperti hari ulangtahun dan majlis reunion untuk sekolah dan sebagainya.

PKPP | Majlis Sosial Dibenarkan Bermula 1 Julai

Kerajaan benarkan penganjuran majlis sosial mulai 1 Julai. Antaranya kenduri kahwin, pertunangan, berkaitan agama (tahlil, doa selamat) dan majlis sambutan ulang tahun kelahiran dan 'reunion' – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri YaakobVideo: Ihsan RTM

Posted by Buletin TV3 on Tuesday, June 23, 2020

Namun, kapasiti majlis berkenaan mestilah tidak melebihi 250 pada satu-satu masa tertakluk kepada saiz dan ruang lokasi sesebuah majlis tersebut diadakan.

Dalam sidang media yang sama, Ismail Sabri turut menyatakan garis panduan termasuklah:-

1. Buffet tidak dibenarkan tapi dihidang oleh pramusaji

2. Perlu mempunyai kaunter saringan kesihatan

3. Tetamu digalakkan memakai pelitup muka dan hidung

4. Daftar tetamu dengan aplikasi MySejahtera atau merekod nama mereka secara manual

 

Sumber foto daripada: @wanderlah & @_azizulazman

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest