Connect with us
Projek Radio

Update

TERKINI : Merentas Sempadan Malaysia-Singapura Bersyarat Kini Dibenarkan

Malaysia dan Singapura bersetuju laksanakan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA).

Published

on

Tak usah bimbang lagi, kini Malaysia dan Singapura bersetuju melaksanakan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA), dengan tarikh pelaksanaan yang disasarkan pada 10 Ogos 2020, untuk memenuhi keperluan penduduk kedua-dua negara membabitkan perjalanan rentas sempadan.

RGL membolehkan perjalanan rentas sempadan bagi urusan rasmi dan perniagaan penting antara kedua-dua negara.

Single border checkpoint: KL to discuss idea further with ...

Perkara itu diumumkan hari ini dalam satu kenyataan bersama Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatannya dari Singapura Dr Vivian Balakrishnan.

Menurut kenyataan itu, mereka yang melakukan perjalanan perlu memenuhi syarat kedua-dua skim, mematuhi langkah pencegahan dan kesihatan awam Covid-19, yang disepakati kedua-dua negara, termasuk menjalani ujian swab tindak balas rantai polimerase (PCR).

Mereka yang melakukan perjalanan juga perlu menyerahkan kepada pihak berwajib kedua-dua negara mengenai jadual perjalanan dan mematuhinya sepanjang tempoh lawatan mereka.

SUMBER : HARIAN METRO

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement
Advertisement

Latest