Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

[TERKINI] Mira Filzah Umum Nikah Malam Ini

Alhamdulillah!

Published

on

Teka-teki mengenai pernikahan Mira Filzah dengan Wan Emir Astar, anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid terjawab apabila pelakon itu mengesahkan mereka bakal diijabkabul di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, malam ini.

View this post on Instagram

Here’s to strong women. May we raise them. May we know them. May we be them. Happy Women’s International Day. 🌹 . . @royalechulandamansara #NonaTV3 #dinanasplay

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Mira berkata, pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada Oktober depan itu dipercepatkan berikutan kakak sulungnya yang menetap di New York, Amerika Syarikat tidak dapat berada di sini untuk tempoh yang panjang.

“Sebenarnya pemilihan tarikh perkahwinan yang dilaporkan media sebelum ini adalah betul. Saya dan Emir memang merancang untuk bernikah Oktober depan.

“Namun, disebabkan kakak tidak boleh berulang-alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari, jadi saya ambil keputusan mempercepatkan tarikh pernikahan, manakala adik bongsu pula terpaksa menunda sedikit pernikahannya supaya kakak boleh menyaksikan hari bahagia kami berdua,” katanya.

Majlis pernikahan pasangan itu boleh disaksikan selama 10 minit menerusi program M Buzz di TV3 jam 9 malam ini, manakala siaran langsung pernikahan pada jam 8.30 malam pula boleh disaksikan di saluran YouTube TV3.

Sumber dari Harian Metro.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest