Home > #PenaHot > Terkini: Nelo Vingada Letak Jawatan Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya

Terkini: Nelo Vingada Letak Jawatan Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya

Nelo Vingada dalam kenyataan hari ini memaklumkan beliau meletak jawatan sebagai Ketua Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan berkuat kuasa serta merta.

Menerusi kenyataan yang di muatnaik di laman web Persatuan Bolasepak Malaysia, keputusan itu turut dipersetujui Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Selepas mengadakan perbincangan dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya dengan ini bertanggungjawab di atas prestasi pasukan kebangsaan.

Atas rasa tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku itu, saya dengan ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta dan Tunku Presiden sendiri turut telah menerima keputusan yang saya buat ini.

Saya ingin memaklumkan juga bahawa dua pembantu yang saya bawa bersama ke sini iaitu Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa turut bersama melepaskan jawatan mereka, masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan.

Akhir kata pada kesempatan ini, saya berharap dan berdoa agar bola sepak Malaysia kembali bersinar selepas ini dan saya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian warga bola sepak Malaysia biarpun dalam tempoh masa yang agak singkat ini.

 

Sumber dari: http://www.fam.org.my

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply