Connect with us
Duit Dari Kayangan

Update

TERKINI: Polis Bakal Siasat Rumah Semasa Hari Raya Aidilfitri

Dengar tu!

Published

on

Kalau ada banyak kereta di luar rumah, pihak polis akan siasat rumah berkenaan, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengesan individu yang disyaki melakukan kesalahan pergerakan rentas negeri tanpa permit.

PDRM dan ATM akan buat pemeriksaan rumah ke rumah semasa Hari Raya – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri YaakobSumber : Buletin TV3

Posted by Hot FM on Monday, May 18, 2020

Tegas beliau lagi, prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri yang dibentangkan masih lagi sama seperti sebelum ini selain mengingatkan orang ramai bahawa tidak boleh rentas negeri kecuali terdapat kes kecemasan atau hal berkaitan.

Selain itu, beliau memaklumkan sebanyak 1,633 kenderaan yang cuba merentas negeri pulang ke kampung telah diarah berpatah balik.

Dalam sidang media yang sama juga, beliau menasihati agar rakyat Malaysia mendapatkan kebenaran pihak polis terlebih dahulu sebelum membeli tiket kapal terbang.

“Suami isteri pun tak dibenarkan rentas negeri pada hari raya. Hari-hari biasa sahaja boleh,” tegasnya.

Datuk Seri Ismail antara lain turut menekankan bahawa suami isteri yang tinggal berjauhan tidak boleh mengambil kesempatan atas kebenaran rentas negeri yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest