Connect with us
Selamat Hari Raya

Update

TERKINI: Solat Sunat Aidilfitri Boleh Diadakan Di Masjid & Surau Pada Pagi Aidilfitri

Alhamdulillah..

Published

on

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) pada 14 Mei 2020 dalam kenyataan memaklumkan solat sunat Aidilfitri boleh diadakan di masjid dan surau pada pagi Aidilfitri hanya bagi negeri tersebut.

Namun, bilangan jemaah solat Jumaat dan solat Aidilfitri di masjid, surau tidak lebih 12 orang.

Menurut laporan Berita Harian, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memberi perkenan solat Jumaat di masjid dan surau diadakan di Perak mulai 15 Mei 2020.

254 penerima darjah, pingat sempena ulang tahun keputeraan Sultan ...

Bagaimanapun, masjid serta surau di negeri berkenaan masih tidak dibuka kepada orang awam.

Antara garis panduan yang ditetapkan di mana Pengerusi Jawatankuasa Kariah dikehendaki menentukan bilangan 12 jemaah terbabit termasuklah:

  • Imam
  • Khatib
  • Menyelesaikan perlaksanaan tuntutan kedua-dua solat berkenaan dalam tempoh tidak melebihi 20 minit.
  • Khutbah bagi kedua-dua solat itu hendaklah dilakukan secara ringkas dan padat dengan masa penyampaian tidak melebihi 10 minit berpandukan teks yang disediakan Jabatan Agama Islam Perak
  • Jawatankuasa kariah masjid dan surau dibenarkan menggunakan pembesar suara luar semasa bacaan teks khutbah dan takbir
  • Kesemua jemaah harus mengambil langkah penyusunan saf dan kedudukan antara jemaah seperti mana prosedur ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Selain itu, individu berumur 60 tahun ke atas tidak digalakkan hadir.

Tambah pertubuhan perbadanan berkenaan lagi, setiap jemaah dikehendaki berwuduk serta membawa sejadah masing-masing dari rumah sebelum hadir ke masjid mahupun surau.

Setiap jemaah turut dikehendaki melakukan perkara seperti di bawah:

  • pemeriksaan suhu badan
  • sanitasi tangan
  • merekodkan kehadiran dalam buku
  • Bagi yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selesema tidak dibenarkan hadir.

Begitu juga mereka yang mempunyai sejarah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, lelah, penyakit barah, dan seumpamanya tidak dibenarkan hadir selain tiada sebarang jamuan di masjid atau surau dibenarkan selepas selesai Solat Sunat Aidilfitri.

Tegas pertubuhan perbadanan tersebut, kebenaran mendirikan kedua-dua solat itu di sesebuah masjid atau surau boleh ditarik kembali sekiranya syarat yang ditetapkan gagal dipatuhi pengerusi jawatankuasa kariah masjid atau surau terbabit.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest