Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Update

TERKINI: Surau & Gerai Makan Di R&R Dibenarkan Beroperasi

Ayuh pulang ke kampung..

Published

on

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 9 Jun 2020 memaklumkan surau dan gerai-gerai makanan di kawasan rehat dan rawat di seluruh negeri di Malaysia dibenarkan beroperasi mulai 10 Jun 2020.

Bagaimanapun, keputusan ini tertakluk kepada prosedur operasi standard yang ditetapkan (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Keputusan ini juga dibuat oleh Mesyuarat Khas selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan bermula esok selain memudahkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung.

Dalam sidang media yang sama juga, Ismail Sabri turut memaklumkan surau di pusat beli-belah, juga dibuka semula bermula 10 Jun.

“Restoran, gerai makan, semua premis makanan dan kedai serbaneka 24 jam dibenarkan beroperasi sehingga 12 malam.”

Selain itu, Zoo juga akan dibuka pada 10 Jun dengan pematuhan SOP.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest