Connect with us
Projek Radio

Update

[TERKINI] Tiada Sekatan Perjalanan Rentas Negeri, Dibenarkan Sambut Aidil Adha

yahuuuu!

Published

on

Kerajaan bersetuju secara dasar untuk mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP). Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil susulan kebimbangan peningkatan kes COVID-19 di negara ini dalam tempoh hampir seminggu ini.

Tetapi jangan khuatir kerana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah mengumumkan bahawa tiada sekatan perjalanan rentas negeri dan kita boleh pulang ke kampung untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidil Adha akan tetapi, perlu mengikuti prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan.

Ini antara SOP yang perlu anda ikuti :

1.Memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam atau kawasan yang sesak

2.Elakkan berjabat tangan, bersentuhan atau pun berpelukan

3.Amalkan jarak sosial 1 meter

4.Membasuh tangan atau memakai hand sanitizer

5. Pastikan anda periksa suhu badan dan ‘check-in’ dimana-mana premis yang anda lawati.

 

Ini pula SOP untuk ibadah korban Hari Raya Aidiladha :

Image

Untuk SOP penuh layari laman web mkn.gov.my.

Kerajaan akan melaksanakan semula PKP jika kes Covid 19 meningkat kembali kepada tiga angka. Untuk keselamatan bersama, mari kita ikut SOP yang telah ditetapkan, jangan degil dan sayangi diri anda. Sama-sama kita jaga kita.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement
Advertisement

Latest