Hiburan
Terlalu Banyak Aura Negatif, Dr Amalina Berehat Dari Twitter!
“Dunia sudah memasuki tahun 2019 namun masih banyak kebecian dan aura negatif yang disebarkan apabila seseorang individu membuat kebaikan kepada orang lain.”
Ramai mengenali Dr Nur Amalina Che Bakri, yang pernah mencatat sejarah dengan kejayaan meraih 17A1 dalam SPM pada tahun 2004.
Sejak dari itu, perjalanan kerjaya dan peribadi wanita ini sering dikongsi di akaun Instagramnya, termasuk kerajinannya berkongsi maklumat mengenai kesihatan, sekaligus menjadikan Dr Amalina idola generasi muda.
Doktor yang digelar Beauty With Brain ini juga pernah tersenarai antara 10 doktor pelatih surgikal terbaik di United Kingdom.
Baru baru ini, Dr Amalina terpilih menerima Darzi Academic Clinical Fellowship di Imperial College London.
Berkongsi pengalaman itu di akaun Twitternya, dia menyatakan rasa syukur di atas anugerah berkenaan, malah akan meneruskan kerja keras dan menjadi kebanggan Malaysia dengan pencapaianya di masa hadapan.
Sejurus selepas itu, Dr Amalina akhirnya membuat keputusan untuk berehat seketika daripada berkongsi ilmu dan pandangan mengenai kesihatan di Twitter, bagi memberi tumpuan kepada latihan pakar dalam pembedahan umum, matlamat kerjaya dan pengajian Doktor Falsafah, PhD, ketika ini.
Menurut beberapa siri Tweet Dr Amalina, dunia sudah memasuki tahun 2019 namun masih banyak kebecian dan aura negatif yang disebarkan apabila seseorang individu membuat kebaikan kepada orang lain.
“Niat saya Cuma satu iaitu berkongsi ilmu pengetahuan dan memberi kesdaran mengenai kesihatan kepada masyarakat di atas kapasiti saya sebagai doktor.”
“Mungkin sesetengah rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk mengubah minda mereka ke arah positif dan kemajuan, dan saya harus mengatakan bahawa saya kecewa dengan situasi itu.”
“Maka, lebih baik saya menumpukan kepada apa yang saya lakukan untuk kebaikan diri sendiri.”
Tweet terakhir Dr Amalina mendapat mendapat perkongsian lebih 1.4 ribu ‘retweet.’
Semoga Dr Amalina terus menjadi kebanggaan Malaysia dengan segala pencapaiannya. Semoga Dr Amalina terus menjadi idola kepada generasi-generasi muda.
-
Onz3 weeks ago
Terlalu Tekun Berlatih, Hairul Azreen Pecahkan Barang Milik Hanis Zalikha
-
Selebriti4 weeks ago
Video Jebat Jayden Panggil Siti Nurhaliza ‘Mummy’ Buat Ramai Terhibur
-
Viral4 weeks ago
Lagi Instafamous Rentas Negeri Kerana Honeymoon, Netizen Mahu Polis Siasat Kebenaran Merentas
-
Onz4 weeks ago
Ditegur Netizen Kerana Muat Naik Foto Tidak Berkualiti, Ini Jawapan Siti Nurhaliza
-
Onz3 weeks ago
Kaki Berdarah, Kilafairy Terjatuh Di Majlis Kahwin Neelofa
-
Selebriti2 weeks ago
Dilihat Peluk Neelofa Lepas Bertunang, Ini Sebenarnya Hubungan PU Riz Dengan Gadis Tersebut…
-
Selebriti2 weeks ago
Gurauan ‘Makan Dalam’ Tentang Belon Udara Panas, Sharnaaz Ahmad Gelak Sakan Dengan Shukri Yahaya
-
Onz3 weeks ago
“Terima kasih Sebab Khianati Aku” MK KClique Dedah Pembantu Peribadi Ambil Job Belakang Tanpa Pengetahuannya