Connect with us
Duit Dari Kayangan

Terma dan syarat Duit Dari Kayangan

TERMA DAN SYARAT

  1. Hot FM Duit Dari Kayangan adalah sebuah kempen on-air yang dianjurkan sepenuhnya oleh Hot FM (Synchrosound Studio Sdn.Bhd) [215342-D], bermula dari 7 September 2020 hingga 2 Oktober 2020 .
  2. Peraduan Hot FM Duit Dari Kayangan ini terbuka kepada warganegara Malaysia, lelaki atau perempuan, berumur 18 tahun ke atas.

MEKANISME

  1. Jadi pemanggil terpantas setelah isyarat mandail keudara di talian 03-7710 8822.
  2. Dengarkan klip lirik lagu daripada Kiki Kayangan, berikan tajuk lagu dan nama artis dengan betul untuk menang RM 300 atau wang terkumpul. Wang tambahan akan diberikan sekiranya waktu bonus. 
  3. Pemanggil hanya diberikan masa selama 10 saat untuk memberikan jawapan. Jawapan tidak akan diterima sekiranya melebihi masa yang ditetapkan.

LAIN-LAIN

  1. Segala keputusan Hot FM berkaitan dengan peraduan Hot FM Duit Dari Kayangan ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau diulangbicara oleh mana-mana pihak.
  2. Dengan menyertai peraduan Hot FM Duit Dari Kayangan ini, anda tertakluk kepada Terma dan Syarat Am peraduan Hot FM dan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).
  3. Hot FM mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menentukan dan meminda mana-mana kandungan terma dan syarat Hot FM Duit Dari Kayangan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
  4. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindahmilik. 

TALIAN TERCICIR DAN TIDAK DAPAT DIHUBUNGI

Peraduan melalui panggilan telefon:

  1. Tiada liabiliti ditanggung oleh pihak Hot FM untuk komunikasi telefon yang tidak baik, salah arah / salah menelefon atau kesukaran teknikal yang dialami oleh pemanggil semasa panggilan masuk untuk Peraduan.

 

Jika semasa dalam Peraduan: 

  1. talian telefon terputus atau terganggu; atau
  2. terdapat pertikaian yang timbul daripada penggunaan talian-talian telefon di dalam Peraduan (termasuk di dalam situasi di mana telefon berbilang talian adalah digunakan); atau
  3. penyampai tidak mendengar apa-apa maklum balas yang jelas daripada pemanggil.

 

Pihak Hot FM berhak mengikut budi bicara mutlaknya membatalkan kelayakan pemanggil atau pemanggil-pemanggil yang berkaitan atas apa-apa sebab, dan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa pemberian hadiah kepada pemanggil atau pemanggil-pemanggil tersebut, dan boleh memberikan hadiah kepada orang lain mengikut budi bicara mutlaknya.

 

KETIDAKLAYAKAN

  1. Mereka adalah merupakan pekerja-pekerja atau ahli-ahli keluarga terdekat kepada pekerja-pekerja HOT FM; Rangkaian Radio di bawah Media Prima; Media Prima Berhad; sesuatu penaja/agensi pengiklanan atau agensi yang berkaitan dengan peraduan yang berkaitan.
  2. Mereka telah memenangi sesuatu hadiah/hadiah-hadiah daripada HOT FM atau syarikat bernaung di bawah Rangkaian Radio Media Prima; atau syarikat bernaung di bawah Media Prima Berhad dalam sesuatu tempoh. * Kemenangan akan diambil berdasarkan peraduan yang lebih awal diumumkan kemenangan.
  3. Mereka telah menggunakan atau cuba untuk menggunakan lebih daripada satu nama/identiti yang bukan milik mereka bagi tujuan melayakkan diri untuk memenangi hadiah daripada HOT FM.
  4. Pembatalan penyertaan akan dilakukan secara automatik jika melanggar terma dan syarat kami tanpa sebarang pemberitahuan.

 

PROSES PENYEDIAAN HADIAH

  1. Proses penyediaan hadiah bagi mana-mana peraduan di Hot FM akan mengambil masa sekurang-kurangnya 90 hari bekerja dan jika pemenang tidak menerima hadiah dalam 90 hari waktu bekerja, sila hubungi kami.