Connect with us
Projek Radio

Terma dan Syarat Hot Deeja TikTok Champ

TERMA DAN SYARAT

  1. Hot Deeja TikTok Champ adalah sebuah kempen on-air yang dianjurkan sepenuhnya oleh Hot FM (Synchrosound Studio Sdn.Bhd) [215342-D] dan Deeja Cosmetic bermula dari 2 Mac 2020 hingga 3 April 2020. 
  2. Peraduan Hot Deeja TikTok Champ ini terbuka kepada warganegara Malaysia, lelaki atau perempuan, berumur 18 tahun ke atas. 

MEKANISME

  1. Upload video TikTok yang kreatif di account TikTok masing-masing menggunakan hashtag Hot Deeja Tiktok Champ dan mention Hot FM sebelum 3 April 2020. Pastikan account tidak berada dalam mode private.
  2. Penyertaan yang terpilih berpeluang menang wang tunai satu ribu ringgit dan tambahan lima ratus ringgit sekiranya terdapat produk Deeja Cosmetic didalam video. 

LAIN-LAIN

  1. Segala keputusan Hot FM berkaitan dengan peraduan Hot Deeja TikTok Champ ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau diulangbicara oleh mana-mana pihak.
  2. Hot FM mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menentukan dan meminda mana-mana kandungan terma dan syarat Hot Deeja TikTok Champ pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
  3. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindahmilik. 

Pihak Hot FM berhak mengikut budi bicara mutlaknya membatalkan kelayakan peserta atau peserta - peserta yang berkaitan atas apa-apa sebab, dan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa pemberian hadiah kepada peserta atau peserta - peserta tersebut, dan boleh memberikan hadiah kepada orang lain mengikut budi bicara mutlaknya.

KETIDAKLAYAKAN

  1. Mereka adalah merupakan pekerja-pekerja atau ahli-ahli keluarga terdekat kepada pekerja-pekerja HOT FM; Rangkaian Ripple; Media Prima Berhad; sesuatu penaja/agensi pengiklanan atau agensi yang berkaitan dengan peraduan yang berkaitan.
  2. Mereka telah memenangi sesuatu hadiah/hadiah-hadiah daripada HOT FM atau  syarikat bernaung di bawah Rangkaian Ripple; atau syarikat bernaung di bawah Media Prima Berhad dalam sesuatu tempoh. * Kemenangan akan diambil berdasarkan peraduan yang lebih awal diumumkan kemenangan.
  3. Mereka telah menggunakan atau cuba untuk menggunakan lebih daripada satu nama/identiti yang bukan milik mereka bagi tujuan melayakkan diri untuk memenangi hadiah daripada HOT FM.
  4. Pembatalan penyertaan akan dilakukan secara automatik jika melanggar terma dan syarat kami tanpa sebarang pemberitahuan.