Connect with us
Hot Selebriti

Terma dan Syarat Projek Radio

Penganjur, Penerbit dan Kelayakan

  1. Peraduan “PROJEK RADIO” ini diatur, diurus dan diterbitkan oleh Synchrosound Studio Sdn Bhd [215342-D]  melalui saluran radionya, yang dikenali sebagai “Hot FM” bertujuan mencari dan mengetengahkan bakat-bakat baru dalam industri penyiaran. 
  2. Tiada pengalaman sebagai penyampai radio di mana-mana stesen radio komersial. Stesen radio amatur (uni radio) layak untuk  memohon.

Cara penyertaan

  1. Daftar butiran anda di laman sesawang kami. Pilih salah satu  (1) daripada dua (2) skrip demo yang disediakan, dan muat naik audio demo anda dengan durasi tidak lebih 30 saat di www.hotfm.com.my
    • Format Audio:
      • Durasi Audio: tidak melebihi 30 saat
      • Format fail: mp3
      • Kualiti Audio: minimum 128kbps
      • Saiz fail: 5MB
  2. Hanya peserta yang berjaya akan dimaklumkan melalui panggilan telefon dan email.

Hadiah & Pemilihan Peserta

  1. Peraduan ini menawarkan peluang merasai pengalaman untuk bersiaran hujung minggu selama 1 jam di Hot FM 
  2. Peserta-peserta terbaik akan dipilih mengikut penilaian Hot FM 

Tanggunggjawab & Liabiliti Peserta

  1. Penghantaran ujibakat akan diguna-pakai sebagai akuan peserta untuk menerima ‘Syarat-syarat Peraturan PROJEK RADIO’ dan peserta adalah termaktub kepada syarat-syarat yang dinyatakan.
  2. Hot FM mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menentukan jenis, kandungan dan penerbitan yang terkandung di dalam peraduan ini. Hot FM juga mempunyai hak mutlak untuk meminda mana-mana bahagian di dalam Syarat-syarat & Peraturan Peraduan Projek Radio ini pada bila-bila masa
  3. Hakcipta yang digunakan dalam ‘Projek Radio’ ini menjadi milik tunggal stesen radio.
  4. Hot FM berhak menggunakan sebarang imej, audio, visual peserta atau yang melibatkan peserta dalam apa jua bentuk bagi tujuan promosi & publisiti tanpa perlu memberitahu peserta terlebih dahulu.
  5. Peserta tidak dibenarkan memuat naik gambar/perkataan/video/audio yang boleh menjejaskan imej Hot FM dari apa-apa sudut termasuk media sosial yang melibatkan diri sendiri atau individu yang bertugas di Hot FM sebelum, semasa atau selepas peraduan ini dijalankan.
  6. Peserta akan menerima dan memikul tanggungjawab sepenuhnya & tidak akan menuntut dari pihak Hot FM sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini seperti kecederaan, penyakit, kematian, tuntutan, kemalangan atau tuntutan ganti rugi ke atas diri mereka, pihak lain atau harta benda mereka, tidak kira apa sebabnya atau cara ia dialami, yang berhubung kait dengan penyertaan mereka dalam peraduan ini. Hot FM tidak akan bertanggungjawab kepada peserta atau wakilnya yang sah di sisi undang-undang akibat sebarang perkara yang dinyatakan.
  7. Semua keputusan mengenai sebarang perkara berkaitan dengan peraduan ini adalah di atas budi bicara tunggal dan mutlak Hot FM dan panel hakim yang dilantik. Keputusan yang di buat adalah pada setiap masa muktamad dan semua peserta adalah terikat kepadanya. 
  8. Semua peserta mesti mematuhi semua undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia sepanjang tempoh peraduan ini dijalankan.

Kriteria Pemilihan:

  1. Fasih berbahasa Melayu
  2. Berkebolehan bertutur secara teratur, spontan, pantas.
  3. Seorang yang ‘fun’, menghiburkan serta mempunyai personality menarik.
  4. Berpengetahuan luas dalam bidang hiburan dan luar Negara.
  5. Seorang yang ‘Content-oriented’.