Connect with us
Hot Selebriti

Inspirasi

Terpegun Dengan Kualiti & Sinematografi, Ramai Tak Sabar Kemunculan Semula Khairul Aming!

Tak sabar!

Published

on

Selepas beberapa jam video terbaharu dimuat naik di laman Instagram, ramai yang teruja dan tidak sabar untuk menonton program memasak yang dikendalikan oleh Khairul Aming.

Menerusi video yang berdurasi 00:56 saat itu, Khairul menyatakan dia bakal kembali menyajikan video resepi masakan setelah sebulan lebih berehat.

Menariknya kali ini, Khairul memaklumkan dia akan membuat beberapa perubahan termasuklah menaik taraf video masakan kepada resolusi yang lebih tinggi.

Selain itu, Khairul turut mengetengahkan beberapa inisiatif terbaharu untuk mengembangkan lagi industri content creators di Malaysia.

“Kita ada juga segmen baru di Twitter iaitu Min Min Audio Experience,”

View this post on Instagram

Setelah sebulan lebih berehat, dapur minmin kini kembali berasap. Nantikan resepi baru and banyak lagi content2 lain yang dalam planning. Stay tuned 😙

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming) on

Pada akhir video berkenaan juga, Khairul sempat memaklumkan kepada umum bahawa beliau bakal berkolaborasi dengan seorang individu yang belum boleh didedahkan identitinya.

Video yang dimuat naik itu sehingga kini mendapat lebih daripada 200,000 tanda suka selain mendapat perhatian daripada penyanyi terkenal Faizal Tahir yang berbangga dengan pencapaiannya ketika ini.

Orang ramai turut meninggalkan komen menyatakan tidak sabar dengan kemunculan semula Khairul selain memuji kualiti & sinematografi video yang dimuat naik itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest