Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Teruja Habis! Kepada Siapa Nabila Huda Berkata “I Love You” Ni?

Geng Pagi Hot buat kejutan untuk Nabila

Published

on

Penyanyi dari Indonesia, Tulus yang datang ke konti Hot FM baru baru ini, membuat kejutan terhadap pelakon Nabila Huda.

Semuanya gara gara momen lucu Nabila ketika Tulus berjalan melintasinya di Panggung Sari, Istana Budaya pada konsert yang berlangsung pada September 2018 menjadi tular.

“Teruja nak ambil gambar dengan Tulus. Dia sampai tapi dia lalu je wak, tak tengok kita pun, mungkin dia ingat kita penjaga pintu Istana Budaya kot.”

Maka, sempena kehadiran Tulus ke konti Hot FM, Geng Pagi Hot, iaitu Fizie, Shuk dan Shuib membuat panggilan video untuk Nabila, dan menampilkan Tulus dalam panggilan tersebut, sekaligus mengejutkan Nabila.

Dalam video itu, Nabila turut mengucapkan “I Love You so much” kepada Tulus.

Secara berjenaka, Fizie menyambung,

“Kau I Love You orang lain?”

Pada hari Selasa, Nabila berkongsi gambarnya bersama Tulus di Instagramnya, dengan “caption” yang melucukan.

Tulus bakal mengadakan konsert Tulus Sewindu Tour – Kuala Lumpur, 3 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest