Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Teruja Pelakon Antarabangsa Follow Di IG, Hairul Azreen Teringin Berlakon Di Hollywood!

Wow….

Published

on

Kita sering melihat pelakon filem aksi, iaitu Hairul Azreen di layar perak menerusi beberapa filem aksi, bagaimanapun, jarang sekali kita melihat Hairul di kaca televisyen. Jika ada pun hanya sekadar membuat kemunculan istimewa.

Terbaru, Hairul berkongsi dia menerima tawaran berlakon dari syarikat A Aida Production menerusi telefilem Kain Kapan Berbisik. Mengulas lanjut, Hairul berkata dia terbuka hati dan sukakan jalan ceritanya yang menarik dan ia juga merupakan projek pertama selepas PKP.

“Diakui memang sudah lama tak berlakon telefilem. Apabila dapat tawaran ini ia kena pula dengan masa dan jadual saya. Tambahan pula pelakon, pengarah dan produksi semuanya menarik.

“Apabila saya dipanggil ke pejabat, saya bertanya juga cerita apa. Selepas baca skrip, saya terus suka. Sebab dalam telefilem ini elemen dan ‘plot twist’ yang diketangahkan sangat menarik,” katanya.

Sinonim dengan filem aksi, Hairul menafikan tentang dia hanya mahu berlakon filem bergenre itu sahaja kerana sebelum ini dia pernah berlakon filem cinta dan komedi. Hairul berkata lagi, dia menyimpan impian untuk berlakon filem Hollywood.

“Jadi, orang nampak saya buat aksi saja. Mungkin mereka tak kenal saya sebelum itu. Tapi, tak apa sebab saya tahu diri sendiri yang mana ada fokus, sasaran dan impian. Impian saya nak ke Hollywood.”

“Alhamdulillah, Wira menaikkan nama filem kita dan saya sendiri. Malah, beberapa pelakon, pelakon lagak ngeri dan ‘stand in’ Hollywood sudah ‘follow’ saya di IG. Saya rasa macam satu pencapaian untuk saya,” katanya.”

View this post on Instagram

Si baju hijau.. Tak sabar

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Berkongsikan mengenai pembabitannya dalam filem aksi, Hairul bersyukur usaha dan kerja keras ke arah itu semakin mendapat perhatian. Katanya, dia tidak kisah perlu bekerja lebih keras untuk menjayakan watak demi mendapatkan hasil terbaik.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest